WELCOME

Wednesday 22 February 2012

TEMAN

Teman.....
disinilah bermula segalanya,
kisah kita bersama,
membina sebuah kenangan,
yang mewarnai kamar kehidupan,
kau mengaar aku erti kehidupan,
mendidik aku erti kedewasaan,
berkongsi suka dan duka bersama,
dalam meniti arus kematangan......
walau hati ini pernah kau calari,
dengan gurau senda yang kau berikan,
namun tidak sedikit aku merasakan
engkau sengaja melakukan......
pelbagai pahit getir kita tempuhi,
kau sentiasa bersama disisi......
kini engkau telah pergi,
mengejar impian dan cita-citamu,
dalam mewarnai masa depanmu.....
walau kini kau tiada disisi,
dirimu sentiasa aku rindui,
wajahmu tersisip di landasan ingatan,
namamu kekal menjadi kenangan,
kerana kau adalah teman......................................