WELCOME

Saturday, 22 October 2011

Mana Mak...........

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang
.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Saturday, 6 August 2011

100 Days To Go..........


HMM....sedar tak sedar dah tinggal 100 hari jer lg untuk peperiksaan SPM. Rasa macam baru semalam aku melangkah masuk ke tingkatan lima tapi kini dah nak ambil SPM. HMM..... masa sekarang begitu pantas berlalu dan aku bagaikan tak percaya yang aku dan kawan-kawan akan menduduki kerusi calon SPM 2011. Dah 100 hari tinggal ni mulalah jadual kehidupan harian aku dan kawan2 berubah 100%. Yelah mana taknye masa kami banyak dihabiskan di sekolah untuk belajar. Boleh dikatakan dari pagi sampailah ke petang aku dan kawan2 akan berada disekolah.

Kami di sekolah pun bukannya untuk ape tapi guru2 kami telah menyediakan kelas tambahan untuk kami supaya kami lebih menguasai semua mata pelajaran yang kami ambil. Walau pun hati kami rasa bagaikan semua ini suatu penderaan kepada kami tapi bila difikir-fikirkan balik guru2 kami bukan hendak mendera tapi apa yang mereka lakukan itu adalah untuk kebaikan kami semua. Yelah apa lagi harapan seorang guru selain melihat anak muridnya berjaya dalam hidup dan menjadi insan yang berguna dalam masyarakat. Itulah yang sering dikatakan oleh guru kami apabila kami cuba mengeluh.

Mungkin harapan seorang guru adalah untuk melihat anak didiknya berjaya dan mereka hanya ingin menumpang secebis gembira apabila melihat kejayaan muridnya. Tapi ramai pelajar kini tak pernah cuba untuk memahami isi hati seorang guru. Tapi apa pun aku dan kawan2 sentiasa bersyukur kerana kami bukan sahaja disayangi guru2 malah kami mendapat guru yang sedia memperjuangkan hidupnya untuk kami "ibarat lilin yang menerangi manusia dikala kegelapan" apa pun harapan seorang guru merupakan harapan ibu bapa.

Dalam 100 hari yang tinggal ni aku dan kawan bertekad untuk meneruskan jihad kami menuntut ilmu tidak kira waktu. Walaupun sekarang ni umat islam sedang mejalani ibadah puasa tetapi itu bukanlah alasan untuk kami berhenti berjuang. Bulan Ramadhan yang mulia ini kami jadikan sebagai pembakar semangat untuk kami lebih gigih belajar disamping menjalani ibadah puasa. Mungkin ini satu dugaan dari Allah SWT untuk menguji tahap keimanan kami menempuh Ramadhan.

Walau bagai mana pun aku bersyukur kerana aku dan rakan2 masih berpeluang menjalani ibadah puasa disamping berjihad untuk menentukan masa depan kami.Insyaallah kejayaan milik kami.............

 

Sunday, 31 July 2011

TO MY BELOVED ONE......

No matter what I try to do
My mind is filled with thoughts of you

Its not my choice to feel this way
These feelings will not go away

I don't know what this life will bring
But I want you more than anything

I know right now you might not see
That you mean so very much to me

All I feel will be worthwhile
If only just to see you smile

I knew you were special from the start
The day we met you stole my heart

One day you will see it too
That I was meant to be with you

Sunday, 24 July 2011

CERITA HUA HUA HUA!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Cerita 1 :
Pak mat baru kematian isterinya maznah kerana sakit jantung. Pak mat yang berusia menjangkau lima puluhan sering diperhatikan jiran-jirannya kerana dia selalu pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari.Pak mat pergi setiap pagi,tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan.Ada sesetengah penduduk tempatan beranggapan bahawa pak mat terlalu cinta akan isterinya. Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata"awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian yang mana orang lain sudah tidak mengamalkannya lagi". Pak mat pun berkata"sebelum maznah menghembuskan nafasnya yang terakhir dia telah berpesan, kalau nak kahwin pun tunggulah sampai kuburnya tumbuh rumput dulu....lepas tu barulah berkahwin". Pak mat menjawab lagi" oleh itu terpaksalah saya menyiram kuburnya setiap hari supaya rumput diatas kuburnya cepat tumbuh............


Cerita 2 :
Abu sering bercakap kepada tunangnya siti bahawa dia teringin hendak berjumpa dengan nenek siti. Pada suatu hari siti pun membawa abu ke rumah neneknya di kampung. Sementara menunggu nenek siti keluar ke ruang tamu Abu terlihat semangkuk kacang hazzelnut diatas meja. Apalagi dia pun makan kacang tu sampai habis. Sedar tak sedar nenek siti pun keluar. Abu terus berkata" minta maaf nek, saya makan kacang hazzelnut nenek sampai habis semangkuk". Nenek siti pun menjawab"tak pe, siti memang suka belikan nenek coklat kacang hazzelnut tu, tapi nenek tak boleh makan jadi nenek hisap coklatnya sampai habis,kemudian kacangnya nenek letak dalam mangkuk tu".

Monday, 18 July 2011

Daripada Anjang Blog(Dunia Markonah)



Agak lama juga aku tidak menulis di blog.Banyak sangat perkara-perkara dunia yang hendak diselesaikan. Minggu ni bolehlah dianggap minggu memnyiapkan kertas kerja. Kadang-kadang terasa rindu yang teramat sangat untuk menulis blog tetapi perlu mengutamakan mana yang lebih utama.

Tugas ritun berjalan seperti biasa walaupun agak sedikit kepenatan. Namun demi mendidik anak bangsa digagahkan juga kaki yang longlai untuk mengajar anak-anak didik yang sentiasa mengharapkan ilmu yang terbaik daripada gurunya.
Seperti biasa kelas hujung aku memang sentiasa meriah. Kehadiran markonah menjadikan kelas ni meriah semeriah-meriahnya. Kadang-kadang kalau markonah tak datang sunyi jugek kelas ni. Silibus semakin tiba ke penghujungnya. Peperiksaan akhir tahun juga semakin hampir.
Seperti biasa juga sebelum masuk ke kelas ini aku kena berada dalam mood ceria. Cerita-cerita jenaka dan lakonan serta idea spontan aku banyak menghidupkan mood di kelas ini. Kalau tidak memang tidor le jawabnya. Mungkin dengan cikgu-cikgunya pun lebuh..
Yang bestnya si Markonah ni akan percaya bulat-bulat setiap apa yang aku perkatakan. Mulutnya akan sentiasa ternganga mendebgar aku bercerita. Walaupun sebenarnya perkara yang aku cerita itu langsung tak logik dan banyak unsur tokok tambah. Umpamanya semasa aku mengajar subjek sejarah tentang tajuk negeri Sarawak.
Aku menrenagkan kepada pelajar-pelajar ini bahawa lebih 40,000 tahuan dulu Gua Niah menjadi tempat tinggal manusia awal di Sarawak. Untuk menambah perisa aku pun menambah sedikit fakta mengarut. Aku menambah lagi "disinilah mereka menonton astro, bermain facebook bersama-sama dan bermain online game".Suasana disini sangat hebat dan meriah.
Pelajar-pelajar lain dah mula ketawa apabila menyedari apa yang aku tambah itu hanya tokok tambah yang mengarut. Namun tidak bagi Markonah, dengan muka serius dia terus menyampuk di tambah denga rasa penuh kekaguman "oiii best le deme cikgu ada astro ye..." . Serentak dengan itu juga pelajar-pelajar lain juga ketawa dengan lebih kuat.Itu cerita Markonah 3 hari lepas.
Hari ini lagi best. Markonah antara pelajar yang belum membayar yuran sekolah. Aku bagi tahu kat dia kalau tak bayar Yuran nanti polis akan tangkap dan masukkan dalam penjara. Yang bestnya tu Markonah melontarkan soalan seolah-olah tak puas hati"Takkan saya sorang kena tangkap cikgu, patutnya deme tangkap le ayah sekali". Slepas itu Markonah bertanya lagi "selain kena penjara kena apa lagi cikgu". Aku terus menjawab menjawab denda rotan dan....
Belum sempat aku menghabiskan ayat markonah terus melontarkan lagi soalah "Cikgu ada tak kena hukum gantung" "Saya tak nak kena hukum gantung cikgu, penjara cukup le". "Tapi kesian pulakkan cikgu nanti ayah saya yang kena hukum gantung" dengan muka penuh kekesalan . Aku dan pelajar lain dah mula senyum-senyum kambing sambil menahan ketawa.

Akhirnya terhambur juga ketawa seluruh pelajar kelas tersebut. Markonah macam biasa buat dek je. Mungkin sedang memikirkan macam mana kalau dia kena penjara dan ayahnya dihukum gantung. Aku pun heran macam mana Markonah boleh berfikir sampe ke situ. Lepas ni dah tentu tak de lagi pelajar yang berani tak membayar yuran. Berat hukumannya penjara dan gantung sampai mati. Memang best le Markonah ni....

Wednesday, 6 July 2011

BINA BLOG DI SMK(F) BESOUT

Hari ni(07.07.2011) aku dan kawan2 menyertai pertandingan membina blog di smk felda besout. kami buat pon on the spot sebab kami tak tau yang kami kena siapkan blog tu kat rumah kemudian kami cuma perlu bagi link blog pada hakim untuk di adili. Bila kami dapat tau tentang tu kami pon terperanjat jugak sebab tak buat apa2 pon untuk blog kami sebab cikgu kami kata kena buat dekat sana. So untku tidak mensia-siakan kedatangan kami ke sana cikgu kami pon minta dengan hakaim untuk beri kami masa membina blog kami.

kami pon diberi masa selama 2 jam oleh hakim untuk membina blog kami sambil diperhatikan oleh para hakim. tapi alhamdulillah usaha kami selam 2 jam tidak sia-sia apabila kami diumumkan pemenang tempat pertama dan kedua. Seronok jugaklah rasanye....yelah mana tak nyer keje yang kami buat last minit membuahkan hasil....tapi apa pun kami rasa bersyukur dan seronok sangat kerana dapat jadi pemenang pada hari ni. Walaupun pada mulanya kami tak percaya apa yang dikatakan oleh salah seorang hakim yang bertugas pada hari tu. Mana tak nyer, masa pengumuman tu dibuat masa kami tengah makan. Kami dapat tahu pun selepas terserempak dengan hakim tersebut. Hadiah kami pun diambil oleh guru kami yang kebetulan berada dekat situ.


Tapi kata cikgu yang bersama kami, hadiah tu dia kena serahkan kepada pihak sekolah untuk penyampaian secara rasmi masa perhimpunan hari isnin nanti. Katanya lagi hadiah tu akan disertakan dengan sijil penghargaan daripada pihak sekolah. Apa pun terima kasih diucapkan kepada tuan rumah(SMKF Besout) kerana telah menjemput kami menyertai pertandingan tersebut. Tak lupa juga pada tiga orang guru kami yang telah bersama sama kami semasa pertandingan dijalankan..............sekian..

SEKOLAHKU KEBANGGAANKU

Ini merupakan sekolah dimana aku dan kawan2 belajar untuk kami lebih maju dalam hidup.Dengan kemudahan yang disediakan pihak kami dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan teratur......apa2 pon kejayaan kami pada hari ini adalah berkat restu orang tua dan guru-guru yang mendidik kami....

SALAH SIAPA?

gambar hiasan


Setiap kali aku lalu di sebatang sungai berdekatan rumah aku sering kali aku saksikan pencemaran yang dilakukan oleh sebuah kilang yang beroperasi di hulu sungai tersebut. Kilang tu sering kali membuang bahan kumbahannya kedalam sungai tersebut. Kalau apa yang dibuangnya tu tidak mencemarkan alam tidak mengapa, tetapi perbuatan kilang tersebut bukan sahaja mencemar,membunuh hidupan yang bergantung kepada sungai malah turut menyebabkan kerugian kepada penduduk setempat yang bergantung hidup pada sungai tersebut.

Sampai sekarang masih tiada tindakan daripada mana-mana pihak lagi walaupun telah dilaporkan......